Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang
hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah ( kerana
kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya
Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada
bulan ini.
Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar
yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah
tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan
dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang
sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya. Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat
sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :
<><>><><>
>
<><>>
<><>>
(Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan
engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah
menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah
akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa
Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan : (Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan
dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.) Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias
dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan
Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di
dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga
yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka
berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu.
Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada
Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan
(malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu
Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang
yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu
neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan,
lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan
puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah
orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan! Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam
turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi
bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya ,
setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah
dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ).
Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang
berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan
orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan
berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin
hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah
Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w) pada bulan
Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad
yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa
mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang
kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan
sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.
Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari
raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah
mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat,
semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad
keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya)
yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang
besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada
maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila
selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya!
Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala
mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah
keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala
hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada
memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku
kurniakan kepadamu! (Al-Hadith). Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah
diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga
balasannya.
c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700
kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa
menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka
dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan
amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar
dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini
dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa.
Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan
hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup
memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi
pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas
air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan
Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga
masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)
Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya,
diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.
Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap
langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa
tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya ,
dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri
yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah
kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat
orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada
fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu
kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya.
(Al-Hadith). Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya
1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang
yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi
hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)
Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan
orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu
disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan
dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa
talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan
Ramadan. (A-Hadith) Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia
membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya :
Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
- Apabila dia berdiri maka berdoalah hamparannya : (Wahai Tuhanku,
kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani tebal kepadanya di dalam syurga)
- Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan
kepadanya pakaian syurga)
- Apabila memakai kasut, berdoalah kasut (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas
titian Siratul Mustaqim!)
- Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan
kepadanya gelas syurga!)
- Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku
sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)
- Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya: ( Wahai Tuhanku
cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)
Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima!
(Al-Hadith)
Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka
sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat
Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad,
kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat
Muhammad! (Al-Hadith)
Keredaan Allah (bagi orang yang taat)
Keampuan Allah (bagi orang yang maksiat)
Jaminan Allah (bagi orang yang taat)
Kejinakan Allah (bagi orang yang tawakkal)
Anugerah Allah (bagi orang yang benar).
Ramadan, Ramada, ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa dosa orang
yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.
Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi
hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi
jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga
anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada
bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan
keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar.
"Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di
dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk
siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik
percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang sentiasa
berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia banyak
tidur." (Al Hadith)
"Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith) "Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air
memadamkan api." (Al Hadith)
"Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya
seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ."
(Al Hadith)
Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam
tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa
menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan
akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga
berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap
tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata
zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu
(yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri
syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi
seluruhnya.(Al Hadith)
Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan
mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong
kepada Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah
orang yang aman daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani) (Al-Hadith)
Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal
Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya
dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di
dalam syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang
bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan
diampunkan segala dosanya hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap
tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan
meminta ampun baginya 70 000 malaikat dari pagi hingga tenggelam matahari (Al
Hadith)
Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala
hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith)
Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan
ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al
Hadith) Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan
nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan
amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith) Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya
bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan
bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang
banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul
Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang
salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis
kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun
hadapan, kiranya dipanjangkan umur. Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan
tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah
kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah,
orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah? Jawab rasullullah
(s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala
kebajikan digandakan dan siksa kuburdiangkat, maka apakah musibah
yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith) Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat
Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan
malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang
tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang
berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam
Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya
dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin
yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan
kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat
pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan
akhirat. Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam,
beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan
yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang
menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan
takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati.
(Al-Hadith).
Petikan dari buku Fadilat Rejab, Syaaban, Ramadan oleh Budiman Radhi
KELEBIHAN SYAABAN
SAIDATINA Aishah r.a ada berkata, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Semua manusia dalam kelaparan pada hari kiamat kecuali nabi-nabi dan keluarga mereka, juga orang yang berpuasa pada Rejab, Syaaban dan Ramadan. Sesungguhnya mereka dalam keadaan kenyang, tidak lapar dan tidak haus." Bulan yang dinyatakan dalam hadis terbabit adalah antara yang disebut-sebut banyak kelebihan, sehingga hadis berkenaan menyatakan mereka yang berpuasa tidak akan lapar dan haus pada hari kiamat kelak.
Dalam memberikan penjelasan berkaitan tiga bulan yang berturut-turut itu, ada pihak membuat perumpamaan tahun dengan pohon, iaitu Rejab umpama waktu keluarnya daun, Syaaban diumpamakan keluarnya bunga dan Ramadan umpama buahnya. Abu Hurairah berkata Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Rejab bulan Allah dan Syaaban itu bulanku, manakala Ramadan itu bulan umatku." (Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim). Ketiga tiga bulan disebut Nabi s.a.w itu adalah bulan rahmat, kasih sayang dan kesejahteraan. Bulan yang penuh keberkatan dan keampunan.
Sesetengah ulama menyatakan bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun daripada segala dosa manakala bulan Syaaban untuk memperbaiki diri daripada segala macam cela dan Ramadan adalah waktu menyucikan hati dan jiwa.
Syaaban bermaksud berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana pada bulan itu masyarakat Arab dulu bertempiaran ke serata tempat untuk mencari air, sehingga ada yang mencarinya sampai ke gua.
Ia juga diertikan demikian kerana menjadi 'bulan pemisah' iaitu memisahkan antara bulan Rejab dan Ramadan.
Nabi s.a.w menjelaskan Syaaban mengandungi keutamaan dan kebaikan yang banyak, dengan nilai berganda bagi mereka melaksanakan kebaikan dan ibadat dengan ikhlas dan bersungguh. Baginda bertanya kepada sahabat, maksudnya: "Tahukah kamu sekalian mengapa bulan ini dinamakan Syaaban?" Mereka menjawab: "Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui." Baginda menjawab: "Kerana pada bulan ini bercabang banyak kebaikan." Dengan keutamaan yang ada pada Syaaban ini, Baginda memanfaatkan kesempatan untuk meningkatkan prestasi ibadat dan amal kebaikan sehingga seolah-olah Baginda tidak pernah melakukan sedemikian pada bulan lain.
Nabi s.a.w sendiri sering berpuasa pada bulan ini. Daripada Saidatina Aishah, beliau berkata maksudnya: "Adalah Rasulullah s.a.w sering berpuasa hingga kami menyangka yang Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka yang Rasulullah akan berbuka seterusnya.
"Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada Ramadan dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak di bulan Syaaban." (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim) Hadis ini menerangkan kepada umat Islam sekalian, Syaaban memang bulan sangat digalakkan beramal ibadat selain bulan lain, sesuai dengan statusnya sebagai gerbang Ramadan. Rasulullah s.a.w pernah mengumpamakan bulan Syaaban dengan keutamaan diri Baginda sendiri ke atas nabi lain. Sabda Baginda bermaksud: "Keutamaan Syaaban ke atas bulan yang lain adalah seperti keutamaan saya di atas semua nabi lain sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhluk-Nya." Antara amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban ialah memperbanyakkan ibadat sunat termasuk puasa, doa, zikir, selawat dan bertaubat daripada kesalahan yang dilakukan.
Walaupun amalan ini sukar, ganjaran yang menanti adalah berganda. Ibadat sunat pada Syaaban juga sebagai persediaan untuk lebih cergas beribadat siang dan malam pada Ramadan. Syaaban juga adalah bulan di mana setiap doa orang beriman akan dimakbulkan Allah, sebagaimana dinyatakan Abdullah Umar dalam riwayatnya mengenai hadis Nabi iaitu Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Antara solat lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah sewaktu malam Jumaat, pada malam 10 Muharam, pada malam pertengahan bulan Syaaban dan pada dua malam raya iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha." Rasulullah s.a.w bersabda: "Itulah bulan Syaaban di mana manusia lalai mengenainya iaitu antara bulan Rejab dan Ramadan, ia adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan pemilik sekalian alam. Maka aku sangat suka sekiranya amalanku diangkat sedangkan pada masa itu aku dalam keadaan berpuasa." (Hadis Riwayat Ahmad) Dalam sejarah umat Islam, bulan Syaaban juga menyaksikan beberapa peristiwa penting seperti perubahan arah kiblat dari Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis ke arah Masjidil Haram di Makkah.
Pada bulan ini juga berlaku peperangan Bani Mustaliq iaitu pada Isnin hari kedua Syaaban tahun ke-5 Hijrah, Rasulullah s.a.w bersama 700 tentera pejalan kaki dan 30 tentera berkuda menuju ke wilayah Bani al-Mustaliq.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang memuliakan Syaaban, bertakwa kepada Allah dan taat kepada-Nya serta menahan diri daripada perbuatan maksiat, Allah mengampuni semua dosanya dan menyelamatkan dia pada satu tahun itu daripada semua bencana dan penyakit."
PERHIMPUNAN PUTERA & PUTERI UMNO
DI KEDIAMAN MENTERI BESAR PERAK
Wednesday, July 4, 2012
PROGRAM SUKANEKA & KARAOKE BERSAMA SKUAD I.B.U YBUDR
DI PANTAI TELUK NIPAH, PANGKOR
KATA-KATA HIKMAH UNTUK RENUNGAN BERSAMA...
ANTARA REAKSI WAJAH-WAJAH PEMAIN DI DALAM PADANG..