LATAR BELAKANG PERSATUAN BELIA

Persatuan Belia Warisan Sungai pinang, Pangkor mula diasaskan pada 27.11.2008, dengan bilangan ahli seramai 20 orang. Idea mewujudkan Persatuan Belia Warisan Sungai Pinang datangnya daripada saudara Asmadi bin Hashim serta beberapa orang yang sama-sama ingin mewujudkan belia di kawasan Sungai Pinag Besar, Ini bertujuan untuk menyeru dan mengajak kepada semua para belia dan beliawanis untuk sama-sama memberi idea-idea yang bernas dan sokongan pada persatuan demi kemajuan komuniti. Persatuan ini juga boleh dijadikan platfrom untuk mengadakan aktiviti-aktiviti bagi mencungkil bakat baru anak-anak muda kampung Sungai Pinang Besar seperti dalam bidang Sukan, Kebudayaan  & Kesenian.

ANTARA FAEDAH-FAEDAH BERPERSATUAN ADALAH :-
i) Membina semangat kerjasama.
ii) Membina keyakinan diri dan semangat yang utuh.
membina & merencanakan wawasan dan kemajuan diri serta masyarakat setempat.
iii) Mengelakkan diri daripada gejalan yang NEGETIF.
vi) Meningkatkan lagi kemahiran diri dan komuniti dari sudut Pendidikan, Moral, Ekonomi dan sebagainya.

Persatuan ini telah didaftarkan pada 30 MAC 2009 di bawah Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Belia ( REGISTER OF YOUTH SOCIETIES ) mengikut Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007, Peraturan-Peraturan Pertubuhan Belia ( Pendaftaran ) 2007 .

Kini setelah tubuhkan, Persatuan Belia warisan Sungai Pinang Besar, Pangkor telah mempunyai keahlian seramai lebih seratus (100 ) orang dan telah berjaya melakukan beberapa aktiviti yang telah dijalankan sama ada bersukan, kemasayarakatan, ilmu pengetahuan dan sebagainya.
i) Bermain hadrah di rumah-rumah kenduri, menyambut tetamu kehormat.
ii) Menganjurkan liga bola sepak tertup Pangkor dengan kerjasama Rukun Tertangga Pangkor.
iii) Menganjurkan perlawanan Sepak takraw tertutup Pangkor anjuran bersama Persatuan Nelayan Pangkor.
iv) Menganjurkan kejohanan Futsal anjuran bersama UITM Shah Alam dan CCBC.
v) Menjayakan Sukaneka.
vi) Program rakaman bersama Anjung Bestari RTM.
vii) Program lawatan ke Melaka pada 26-28.02.2010.