Wednesday, June 1, 2011

Program Juara Rakyat 2011, Taman Serdang, Setiawan.

Assalammualaikum kepada semua pembaca-pembaca blog Persatuan Belia Warisan Sungai Pinang, Pulau Pangkor. Setelah sekian lamanya menyepi kini saya kembali untuk berkongsi serba sediki aktiviti-aktiviti yang di lalukan oleh persatuan belia warisan sg.pinang.

Pada 22.05.2011 Kumpulan Hadrah Warisan Sg.Pinang telah mendapat jemputan untuk sama-sama memeriahkan lagi pertandingan rebana, sempena JUARA RAKYAT 2011 di Taman Serdang, Setiawan. Berbagai-bagai aktiviti-aktiviti yg di pertandingkan spt: Tarik Tali, Wau, Rebana, Gubahan Bunga, Melukis (kanak-Kanak) dan lain-lain. Sebanyak 8 kumpulan Rebana di setiap daerah dalam perak telah mengambil bahagian. Setelah menanti dan menunggu dari pagi hingga ke petang kini tiba masanya acara penyampaian hadiah yg di nanti-nanti oleh setiap peserta.. Untuk ketegori Paluan Rebana Kumpulan Hadrah Warisan mendapat tempat ke-6 dari 8 pasukan yang dipertandingkan, walaupun tempat ke-6 ia sudah cukup memadai, apa yang kami dapat lebih dari itu cth:- pengalaman, cara pukulun & nyanyian dari setiap pasukan yg bertanding. Sesungguhnya pasukan yg bertanding semuanya hebat-hebat tidak kira yang muda mahupun yang lama.. Johan kumpulan paluan Rebana di sandang oleh kumpulan dari SEBERANG PERAK tahniah kami ucapkan...






Bergambar Kenangan Bersama Pengerusi MAYC Kawasan Lumut




Kumpulan Rebana Pasir Salak



Kumpulan Rebana Seberang Perak




Kumpulan Rebana Sg. Wangi



Kumpulan Hadrah Warisan Sg. Pinang, Pangkor































































No comments:

Post a Comment